Wednesday, 21 September 2011

Harimau Malaya - Masih Jauh Perjalanannya

Assalamualaikum.

     Ahaaa. 

        Perlawanan peringkat kumpulan kelayakan Olimpik, menemukan pasukan Malaysia menentang Jepun baru je habis. Keputusannya, 2-0. Secara statistiknya, bila dibandingkan kedudukan ranking peringkat Asia yang mana Jepun adalah no.1 dan Malaysia pada no.25, manakala ranking peringkat Antarabangsa untuk Jepun adalah pada kedudukan ke 15 dan Malaysia sangat jauh ketinggalan iaitu 146, mungkin jumlah gol yang dilepaskan oleh penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat pada hari boleh dibanggakan iaitu cuma dua gol. 

         Tapi kan kawan-kawan, sebagai rakyat Malaysia, siapa tak sedih dan terkilan tengok perlawanan tadi? Penguasaan bola Jepun rasanya hampir 80%. Dengan asakan bertali-arusnya, serangan demi serangan yang pemain Harimau Malaya tak mampu hadapi, membuatkan pemain Harimau Malaya terkesima, tak mampu buat apa-apa. Corak permainan pemain Harimau Malaya yang menggelabah, hantaran yang tak tepat, memang bukan lawan yang seimbang untuk Jepun yang bermain sangat baik sebentar tadi. 

        Cumanya, syukurlah Khairul Fahmi Che Mat bermain dengan sangat cemerlang. Mungkin memang ditakdirkan dia dikurniakan kebolehan untuk menjaga gawang dengan baik. Kalau tanpa kehadiran dia, aku rasa Jepun dah boleh menang 5-0 dengan mudah! Itulah dia kelebihan anak jati Kelantan tu. Untunglah siapa-siapa yang asal dari Kelantan ye. Johor punya wakil entah mana lah agaknya. -_-'

         Haaa. Mari kita renung sebentar satu perkara ni. Pasukan Malaysia yang bertemu Jepun tadi adalah pasukan Olimpik yang dibarisi pemain muda@pemain pelapis untuk pasukan utama. Kalau nak dibandingkan, jauh lagi tahap permainan antara pasukan Olimpik dan pasukan Utama skuad Harimau Malaya yang berjaya memenangi Emas untuk Sukan Sea dan membawa pulang trofi Piala AFF Suzuki. Sudahlah jutaan ringgit dilaburkan untuk membawa pasukan Olimpik ni berlatih dan bermain dalam liga di Slovakia untuk beberapa musim, dengan begitu banyak perlawanan diaturkan menentang kelab ternama serta skuad-skuad antabangsa yang lain, sepertinya pencapaian dan tahap pasukan kita lebih-lebih lagi pasukan Olimpik ini masih di takuk lama dan masih belum mencapai tahap di mana pasukan Utama Harimau Malaya berada sekarang ini. Memang ada yang menunjukkan kualiti yang baik, seperti Wan Zack Haikal, Fadhli Shas dan Irfan Fazail yang dipinjamkan selama 2 bulan ke Kelab Vion Zlate Moravce yang bermain untuk Liga 1 Slovakia. Namun, beberapa butir bintang dalam sebuah pasukan yang biasa-biasa tidak memberi apa-apa makna. Takde maknenye bro! -_-'

        Hurmmmmm....Kesimpulannya : Jangan terlalu mengharap pada pasukan kita untuk tampil dengan begitu baik dalam peringkat antarabangsa selain peringkat Asean, Harimau Malaya masih jauh untuk berada pada tahap terbaik. Apa-apa pun, teruskan lah menyokong Harimau Malaya! Malaysia Boleh! :')



Titik Permulaan

Assalamualaikum.

     Syukur, alhamdulillah. Akhirnya, aku ada belog sendiri. Suatu medium yang aku rasakan tempat terbaik untuk luahkan, kongsikan segala pendapat, buah fikiran yang sering kali bermain di benak ku ini. Belog ini juga akan aku coretkan cebisan daripada sebahagian penting perjalanan hidup aku ini.

     Isu pemansuhan ISA, kes liwat dan video klip seks Anwar Ibrahim, kes orang kampung aku berebut jawatan ketua kampung, kes buah sawit tepi jalan kena curi dan macam-macam hal lagi yang acap kali membuatkan ku terfikir akan kenapa dan kenapa itu dan ini berlaku. Apa rasionalnya tindakan mereka? Apa natijahnya? Hurmmmm. 
Mungkin ini lah tempat yang sesuai untuk aku kongsikan segala perkara tersebut. Mungkin...

     Kawan, aku ini manusia yang bukannya maksum ibarat Nabi SAW, yang hanya berpijak di atas muka bumi ini demi mencari secangkir kenikmatan dunia, dan sekarung bekalan buat kehidupan di akhirat kelak. Oleh itu, jika ada silap dan salah atas diri ini pada apa-apa jua perkara berkaitan coretanku di dalam belog ini, sudi-sudikan lah menegur aku. InsyaALLAH, pintu hatiku ini belum tertutup untuk menerima teguran itu.


Sekian.


~Be friend and get to know me better and you'll be amazed on how kind I am~ 
:')